Thursday, December 1, 2011

As Salam..

Morning u all..lama sungguh teman x menulis blog ni sejak sambung dpli ni bz bebenor..hehe. Alhamdulillah segala pujian bg Tuhan pencipta alam syukur nikmat aku telah berjaya dengan jayanya mengikuti diploma pendidikan untuk semester 1 dan ade 2 semester lg untukku memenuhi misiku untuk menjadi seorang pendidik. Cerita pasal pendidik ni sebenarnya tidak ada dalam kamus dan diari hidupku untuk menjadi seorang pendidik malah jika di teliti balik diari hidupku yang disimpan dalam hati ini menyatakan (ayat poyo) cita2 sebenarku adalah menjadi seorang banker yang berjaya. Banker disini didefinisikan sebagai pegawai bank Islam..ulang..Islam bukan kafir atau konvensional. Ada kisah sedih disini bila berlaku situasi kawan2 seperjuangan yang sama2 mengambil ijazah dalam perbankan Islam tetapi bekerja dengan konvensional bank..Sedih hati ini bila memikirkan ingin tolong tapi tidak mampu dengan perbuatan..lidah...tetapi diharapkan mereka ini akan sedar suatu hari nanti InsyaAllah bukan apa mereka ini lebih tahu tentang Riba dari segi konteks perbankan dari orang lain yang jahil dan tidak berpengetahuan ttg Riba ini. Ada dalam hadis menyatakan Allah dan Rasul mengistihar Perang pada orang yang mengamal Riba, sungguh dasyat. Anda Takut kalau anda tak rasa baik semak balik iman anda:) Tetapi yang aku bersyukur sangat apabila misi dakwah aku pada orang ramai masih di atas trek atau landasan apabila disemak balik misi aku di dalam menyebarkan risalah Islam ini masih ada di kedua-dua zon pekerjaan dimana jika aku seorang banker aku ingin berdakwah berkenaan perbankan Islam pada orang ramai seperti mengajak dan menyelamat org Islam saudaraku untuk tidak membuat pinjaman yang berkonsepkan Riba dan menggalakkan dengan ikhlas untuk mengambil pinjaman yang bebas dari riba atau Free Riba Based dan jika aku menjadi seorang Guru nanti aku juga boleh berdakwah pelajar aku nanti berkenan memilih pinjaman -I atau pinjaman yang bebas dari Riba kerana ia terkandung dalam salah satu topik subjek Perdagangan yang akan aku ajar nanti pada mereka. Malah dalam hati ini aku tahu kebanyakan pelajar aku nanti bukan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka jadi tugasku untuk membantu mereka dari segi akademik. Aku tahu juga pelajarku nanti bukan pelajar yang cemerlang dari segi akhlak dan tingkah lakunya jadi tugasku untuk mengajak kepada kebaikan dan menjauhi perkara2 yang mungkar mungkin disitu Tuhan memberi aku tugas dan tanggungjawb sbg seorang guru yang tidak pernah aku mimpikan sejak kecil tetapi hasratku untuk menjadi seorang guru ada apabila ada dikalangan guru merunsingkan fikiran ku apabila mereka guru yang tidak ada sivik ini merosakkan profesion guru itu sendiri. Selama aku menjadi seorang pelajar (rendah dan menengah ) aku tidak pernah mengumpat guruku malah aku menghormati mereka seperti ibu bapaku walau aku ini bukan seorang pelajar yang di sukai oleh guruku sbb kan aku suka ponteng sekolah dan kurang bercakap ketika berada di kelas tetapi aku tetap menghormati mereka tetapi tidak di luahkan pada mulut. Niatku menjadi pendidik di dorong oleh pekerjaan guru itu sendiri kerana pekerjaan adalah mulia kerana walaupun dibayar gaji tetapi lebihan usaha dan ditambah dengan keikhlasan dan kesungguhan mendidik pelajar untuk mencapai bintang di langit dan berada di puncak gading adalah suatu pengorbanan dan idtizam seorang guru yang berjaya.
Doakan aku berjaya menjadi seorang guru yang bertaqwa dan beriman:)

Salam.

No comments: